There was an error in this gadget

Sunday, 4 December 2011

Polis Mula Siasat Kes Anwar Paksa Rahimi Berbohong

Polis Mula Siasat Kes Anwar Paksa Rahimi Berbohong

Sunday, 8 May 2011

SAMBUNGAN KISAH 01..

Tiba-tiba entah dari mana datang seorang jantan yg tak tau dari mana datangnyer memeluknyer dari belakang.Wah mengada-ngadanyer si Shiha..Ala-ala terperanjat la kunon..pirahhh..pakwe dia la tu..siap suap buah jambu lagi sambil tergedik -gedik .Terliuk lentuk kepala si Shiha tu dekat baju pakwe dia...grrrr..geram nyer aku.Kat studio bukan main sopan santun lagi, dah macam perempuan melayu terakhir la konon.Pirahhh!!! kat luar bukan lagi ko ek. Takper -takper, ko tunggu nasib ko nanti.Aku tau la nak kenakan ko pas ni..Hehehehehe.. Tengah sibuk aku mengelamun memikirkan mende cara aku nak kenakan minah ni, aku tengok si minah tu dah naik kereta mamat tu terus hilang ntah kemana. Lantak la ko. Yang penting aku tau mcm mana nak kenakan mimah keparat ni..hahahaha..Tanduk jahat aku sudah mula keluar perlahan-lahan seiring dengan idea aku yg tiba-tiba datang di benak kepala otak aku yang dah sedia jahat ni..hahahaha..jeng2x tunggu kemunculan aku lepas nih..Siap la ko Shiha...

"Wei Kimi, ko tau tak malam ni ada show emergency kat Holiday Villa Subang? " Tiba -tiba si Atan menegurku dari belakang sebaik saja aku sampai ke studio. Si Atan ni budak cina Sabah. Dia member kamceng aku la kat sini. Nama dia Jusley.Tapi kitaorang panggil dia Atan sebab tak reti cakap cina. Hehehehe.


"Aduh, yeke bro? aku ada hal la hari ni. Si Kaudu tu pun satu.Suka sangat amik show last minit. Takleh excuse ke bro?" Bengang tol la aku dengan pegawai aku sorang ni. Kitaorang panggil dia Trinidad. Sebab muka dia mcm mat negro.Perangai pun leh tahan. Bab-bab mengipas memang serah la kat dia .


"Ko hilang akal ke per Kimi. Dah berapa tahun ko keje kat sini. Boleh plak ko nak excuse ek? Suka ko je kan" bebel si Atan.


"Heheh, aku tau la bro. Tapi malam ni projek kita camner wei? " Ko dah lupe ke plan kita malam ni? " kataku pula.


"Ala rileks la beb. Aku tau la dan memang aku ingat pun. Aku pun naik heran la ngan ko. Awek keliling pinggang. Ko ni bebawak sedar la Kimi. Semua pompuan ko nak lenjan. Dah tu lepas ko puas, segala duit dorang ko kikis pas tu ko blah camtu je. Aku bukan pe bro.Aku takut lama-lama nanti masak ko kena balik." perlahan suara Atan berkata kepadaku.

" Ek ele.Rileks arr.Bukan aku yang nak duit dorang. Dorang bermurah hati nak bagi aku. Ko ingat barang -barang aku nak sangat ker? Dorang yg beriya-iya nak kasi.So, aku lenjan je la. Takkan nak tolak rezeki kot." Bengang pulak aku ngan mamat nih. Tah pesal lak tetiba jadi baik plak hari ni.

"Suka ati ko la Kimi.Aku bagitau je. kang kalau aku tak bagitau,tak nasihat, ko cakap aku tak warning ko . Jangan ko menyesal pas ni dah arr" Kata Atan padaku lagi sambil berjalan ke bilik kostum.

"Yelah-yelah .Aku tau la apa aku buat ok." Kata ku membalas. Tak kuasa aku nak bertekak ngan si Atan ni. Silap-silap gaya aku terkedu balik.


Pandanganku terus terarah kepada bunyi gelak ketawa budak-budak perempuan dari bilik rehat dorang. Dorang ni kalau tak bergossip satu hari memang naik berkudis kot mulut dorang. Tapi aku pun naik syok gak dengar gossip dorang nih. Best woo ngumpat ni, hahahaha...

Tiba aku di loker aku, lantas aku terdengar satu suara menegurku dari belakang.Berderau darah aku bila melihat Shiha berdiri di belakang ku sambil tersenyum

"Abang Kimi, boleh Shiha jumpa abg kejap.Ada hal la nak cakap," kata Shiha kepadaku.

"Hah apa dia? " Suaraku sengaja ku keraskan. Biar minah ni takut sikit ngan aku. Hahaahah....

"Erm...erm...Shiha..Shiha..." tergagap-gapap minah ni nak memulakan bicara.

"Shiha!Shiha!! Shiha mende!! Ko ni saja buang masa aku la wei". Bentak ku kepadanya.

"Shiha"...  nak tau apa benda nyer...Tunggu sambungan cerita gua esok ok geng... Chow Chin Chow..Haahahahah....













































Friday, 6 May 2011

KISAH 01

Hari -hari aku nampak dia Bila nampak dia aku rasa semacam..Ishhh..takkan la sampai macam tu sekali kot...Dada asyik berdebar je apatah lagi kalau betul-betul dia melintas depan aku,,,Heheheheh,,,Bau dia pun dah buat aku tak tentu arah....Sabar bro sabar...hidup kena gentle beb..Jangan letak bawah maruah lu bro..bisik hati kecilku... 

Tadi masa nak keluar makan pun aku satu lif ngan dia. Dari tepi je aku jeling dia.. Memang aku insaf la ngan kuasa Tuhan,, Mak Aihh,,,bagi aku dah kire cukup sempurna dah ...Aku rasa dia perasan kot aku jeling dia..Dia pun jeling kat aku ..Menggigil bibir aku yg tebal ni nak senyum kt dia..tapi dia boleh balas dengan senyum senget dia plak..heheheheh... Hai..sepatutnya sebagai senior kat sini..aku la kena mulakan langkah..padahal dia dah dekat seminggu masuk kerje kat sini.. Ego aku kot yg membuatkan ada tembok penghalang untuk aku tegur dia dulu..Biasalah kan otai kena wat kerek dulu, Kalau tak junior naik kepala .. Dunia menari ni camnilah, budak baru ni kalau dilayan berlebih sangat silap silap gaya kita kena pijak balik..Menari cam hampeh..berangan ko pro..Tu sebab yg aku malas nak layan budak yg aku minat ni...Tapi aku memang mengaku la dari hari dia datang nak uji bakat pun aku tak terkesima sampai macam muka Alex wek supermodel dunia tu... Itu dah terlebih unik bai..hahahahahah

"Abang Akim, shiha nak tumpang lalu boleh?' La aku tak perasan lif ni dah sampai ground floor. Dah la aku berdiri depan pintu..hehehhehe

"Ape la ko ni Kim, budak baru nak lalu tu ko hadang-hadang pesal?" tegur si Iena minah kepoh ni kat aku.

" La, mana aku perasan, Gua biasalah bai , Budak baru ibarat depan mata pun gua mana perasan. Kang layan lelebih kang kurang ajar plak" kataku kepada Iena. Padahal nak cover malu ..hehhhhehe

" Lu jangan camtu bai, aku tengok dia ok per..Takyah suruh dia wat latihan sendiri. Dengan aku pun dia hormat per. Dengan ko memang la dia takut nak tegur kot, saper tak kenal ko, bapak segala singa" kata Iena kepadaku.

"Ala, dah la.Malas nak pikir la..Lantak la dia kat situ. Baik kita gi soru lagi best. Perut aku dah mintak ampun nak makan nasi" kataku pula

dari jauh aku lihat Shiha tengah singgah kat kedai rojak buah uncle cina kt seberang dekat seberang jalan tu. Wah, diet la tu..tak makan nasi konon.Mata aku asyik memerhatikan dia sedang memilih buah didalam peti buah.... Ishhh minah ni pegang dompet macam tu je..Buat nyer mat rempit sambar dompet tu, putih mata la kau minah weii... Dah la gerai buah tu betul betul tepi jalan besar ni...

Tiba- tiba...... Apa yang akan terjadi selepas ni..tunggu coretan aku lain kali k... hahahahahhah