There was an error in this gadget

Sunday, 8 May 2011

SAMBUNGAN KISAH 01..

Tiba-tiba entah dari mana datang seorang jantan yg tak tau dari mana datangnyer memeluknyer dari belakang.Wah mengada-ngadanyer si Shiha..Ala-ala terperanjat la kunon..pirahhh..pakwe dia la tu..siap suap buah jambu lagi sambil tergedik -gedik .Terliuk lentuk kepala si Shiha tu dekat baju pakwe dia...grrrr..geram nyer aku.Kat studio bukan main sopan santun lagi, dah macam perempuan melayu terakhir la konon.Pirahhh!!! kat luar bukan lagi ko ek. Takper -takper, ko tunggu nasib ko nanti.Aku tau la nak kenakan ko pas ni..Hehehehehe.. Tengah sibuk aku mengelamun memikirkan mende cara aku nak kenakan minah ni, aku tengok si minah tu dah naik kereta mamat tu terus hilang ntah kemana. Lantak la ko. Yang penting aku tau mcm mana nak kenakan mimah keparat ni..hahahaha..Tanduk jahat aku sudah mula keluar perlahan-lahan seiring dengan idea aku yg tiba-tiba datang di benak kepala otak aku yang dah sedia jahat ni..hahahaha..jeng2x tunggu kemunculan aku lepas nih..Siap la ko Shiha...

"Wei Kimi, ko tau tak malam ni ada show emergency kat Holiday Villa Subang? " Tiba -tiba si Atan menegurku dari belakang sebaik saja aku sampai ke studio. Si Atan ni budak cina Sabah. Dia member kamceng aku la kat sini. Nama dia Jusley.Tapi kitaorang panggil dia Atan sebab tak reti cakap cina. Hehehehe.


"Aduh, yeke bro? aku ada hal la hari ni. Si Kaudu tu pun satu.Suka sangat amik show last minit. Takleh excuse ke bro?" Bengang tol la aku dengan pegawai aku sorang ni. Kitaorang panggil dia Trinidad. Sebab muka dia mcm mat negro.Perangai pun leh tahan. Bab-bab mengipas memang serah la kat dia .


"Ko hilang akal ke per Kimi. Dah berapa tahun ko keje kat sini. Boleh plak ko nak excuse ek? Suka ko je kan" bebel si Atan.


"Heheh, aku tau la bro. Tapi malam ni projek kita camner wei? " Ko dah lupe ke plan kita malam ni? " kataku pula.


"Ala rileks la beb. Aku tau la dan memang aku ingat pun. Aku pun naik heran la ngan ko. Awek keliling pinggang. Ko ni bebawak sedar la Kimi. Semua pompuan ko nak lenjan. Dah tu lepas ko puas, segala duit dorang ko kikis pas tu ko blah camtu je. Aku bukan pe bro.Aku takut lama-lama nanti masak ko kena balik." perlahan suara Atan berkata kepadaku.

" Ek ele.Rileks arr.Bukan aku yang nak duit dorang. Dorang bermurah hati nak bagi aku. Ko ingat barang -barang aku nak sangat ker? Dorang yg beriya-iya nak kasi.So, aku lenjan je la. Takkan nak tolak rezeki kot." Bengang pulak aku ngan mamat nih. Tah pesal lak tetiba jadi baik plak hari ni.

"Suka ati ko la Kimi.Aku bagitau je. kang kalau aku tak bagitau,tak nasihat, ko cakap aku tak warning ko . Jangan ko menyesal pas ni dah arr" Kata Atan padaku lagi sambil berjalan ke bilik kostum.

"Yelah-yelah .Aku tau la apa aku buat ok." Kata ku membalas. Tak kuasa aku nak bertekak ngan si Atan ni. Silap-silap gaya aku terkedu balik.


Pandanganku terus terarah kepada bunyi gelak ketawa budak-budak perempuan dari bilik rehat dorang. Dorang ni kalau tak bergossip satu hari memang naik berkudis kot mulut dorang. Tapi aku pun naik syok gak dengar gossip dorang nih. Best woo ngumpat ni, hahahaha...

Tiba aku di loker aku, lantas aku terdengar satu suara menegurku dari belakang.Berderau darah aku bila melihat Shiha berdiri di belakang ku sambil tersenyum

"Abang Kimi, boleh Shiha jumpa abg kejap.Ada hal la nak cakap," kata Shiha kepadaku.

"Hah apa dia? " Suaraku sengaja ku keraskan. Biar minah ni takut sikit ngan aku. Hahaahah....

"Erm...erm...Shiha..Shiha..." tergagap-gapap minah ni nak memulakan bicara.

"Shiha!Shiha!! Shiha mende!! Ko ni saja buang masa aku la wei". Bentak ku kepadanya.

"Shiha"...  nak tau apa benda nyer...Tunggu sambungan cerita gua esok ok geng... Chow Chin Chow..Haahahahah....













































No comments:

Post a Comment